2






Al-Quran berbeza dengan kitab sebelumnya

Hikmah 2

Tentangan terhadap kaum kuffar dan mukjizat.
Orang-orang musyrikin pergi kepada kesesatan sehingga tahap yang melampaui batas kemanusiaan. Mereka bertanya soalan untuk melemahkan nabi, menduga nabi dengan tujuan menentang. Sehingga membawa keajaiban dari soalan mereka tentang hari kiamat menunjukkan kedangkalan ilmu pengetahuan mereka. Lalu mereka meminta menyegerakan azab yang dijanjikan terhadap mereka. Firman Allah Taala;

يَسـَٔلونَكَ عَنِ السّاعَةِ أَيّانَ مُرسىٰها ۖ قُل إِنَّما عِلمُها عِندَ رَبّى ۖ لا يُجَلّيها لِوَقتِها إِلّا هُوَ ۚ ثَقُلَت فِى السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ لا تَأتيكُم إِلّا بَغتَةً ۗ يَسـَٔلونَكَ كَأَنَّكَ حَفِىٌّ عَنها ۖ قُل إِنَّما عِلمُها عِندَ اللَّهِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ ﴿١٨٧﴾ الأعراف

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ وَلَن يُخلِفَ اللَّهُ وَعدَهُ ۚ وَإِنَّ يَومًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلفِ سَنَةٍ مِمّا تَعُدّونَ ﴿٤٧﴾ الحج

(187) "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". Al-A'raf

(47) "Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung." Al-Hajj

Ini bermaksud setiap kali ada soalan yang batil, melainkan kami datangkan jawapan yang haq yang mana lebih baik pengertiannya dari solan batil itu. Ketika mereka takjub dengan penurunan Al-Quran secara beransur-ansur yang menerangkan kebenaran dari soalan-soalan mereka. Bantahan mereka itu amat berbeza dengan mukjizat yang melemahkan dan mengalahkan hujah mereka didatangkan dengan kumpulan beberapa ayat sahaja.

Sehingga Allah mencabar supaya mereka mendatangkan ayat yang seumpamanya dan mengumpulkan cerdik pandai mereka untuk mereka cipta ayat-ayat yang terlebih puitis dan indah dari Al-Quran.


وَإِن كُنتُم فى رَيبٍ مِمّا نَزَّلنا عَلىٰ عَبدِنا فَأتوا بِسورَةٍ مِن مِثلِهِ وَادعوا شُهَداءَكُم مِن دونِ اللَّهِ إِن كُنتُم صٰدِقينَ ﴿٢٣﴾ البقرة


(23) "Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar." Al-Baqarah


Muka Surat1 ......2
......3
......4
......5