Al-Quran berbeza dengan kitab sebelumnya
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur seperti firman Allah :
وَقُرءانًا فَرَقنٰهُ لِتَقرَأَهُ عَلَى النّاسِ عَلىٰ مُكثٍ وَنَزَّلنٰهُ تَنزيلًا ١٠٦
(106) "Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur." Al-Isra
Hikmah diturunkan secara beransur-ansur ialah khususnya untuk menguatkan hati nabiNya saw. dalam menyampaikan dakwah setelah umatnya lari dan hati mereka menjadi keras. Banyak hikmah lagi yang tidak dapat dihuraikan dengan perkataan seperti yang dilalui oleh nabi saw. melalui pengalam dan persaannya.
Hikmah 1
Setelah Rasulullah saw. mengarahkan kepada dakwah, baginda menghadapi kaum yang keras hati. Mereka mengenakan nabi dengan pelbagai cemuhan dan bantahan sehingga berfirman Allah Taala:
فَلَعَلَّكَ بٰخِعٌ نَفسَكَ عَلىٰ ءاثٰرِهِم إِن لَم يُؤمِنوا بِهٰذَا الحَديثِ أَسَفًا ٦
(6) "Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini." Al-Kahfi
Wahyu telah turun kepada Rasulullah saw. dari semasa ke semasa kerana menetapkan hati Baginda terhadap kebenaran dan mengikis perasaan dukacitanya yang telah lalu dalam perjalanan dakwah Baginda. Baginda tidak akan peduli lagi dengan kegelapan jahiliyah yang dihadapinya kerana awan mendung di musim sejuk telah berlalu menghapari musim panas.
Wahyu yang sampai kepada Baginda menceritakan perjalanan dakwah para Anbiya yang terdahulu. Mereka telah didustakan dan disakiti tetapi mereka tetap sahaja bersabar terhadap kaumnya sehingga datang pertolongan Allah.
Maka Baginda saw mendapati proses kenabian melalui sejarah nabi terdahulu yang kecewa dengan sikap kaumnya, tetapi Allah memberi berita gembira dengan pertolongan yang dekat. FirmanNya :
قَد نَعلَمُ إِنَّهُ لَيَحزُنُكَ الَّذى يَقولونَ ۖ فَإِنَّهُم لا يُكَذِّبونَكَ وَلٰكِنَّ الظّٰلِمينَ بِـٔايٰتِ اللَّهِ يَجحَدونَ ﴿٣٣﴾ وَلَقَد كُذِّبَت رُسُلٌ مِن قَبلِكَ فَصَبَروا عَلىٰ ما كُذِّبوا وَأوذوا حَتّىٰ أَتىٰهُم نَصرُنا ۚ وَلا مُبَدِّلَ لِكَلِمٰتِ اللَّهِ ۚ وَلَقَد جاءَكَ مِن نَبَإِي۟ المُرسَلينَ ﴿٣٤﴾ الأنعام
(33) "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata)." (34) "Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu." Al-Anaam
Al-Quran menyuruh Baginda sabar seperti mana kesabaran rasul-rasul yang terdahulu ;
فَاصبِر كَما صَبَرَ أُولُوا العَزمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلا تَستَعجِل لَهُم ۚ كَأَنَّهُم يَومَ يَرَونَ ما يوعَدونَ لَم يَلبَثوا إِلّا ساعَةً مِن نَهارٍ ۚ بَلٰغٌ ۚ فَهَل يُهلَكُ إِلَّا القَومُ الفٰسِقونَ ﴿٣٥﴾ الأحقاف
(35) "(Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjikan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. (Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf). Maka (ingatlah) tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik - derhaka." Al-Ahqaf
Ini disebabkan hikmah yang datang dari kisah-kisah anbiya yang terdapat di dalam Al-Quran. Setiap kali Baginda saw. disakiti dan terlalu sedih kerana pendustaan kaumnya, Allah menurunkan Al-Quran yang menyokong dan menggembirakan hati nabi. Ketabahan demi ketabahan sehingga hatinya tidak boleh dikuasai kesedihan. Allah juga mengancam para pendusta bahawa mereka akan dibalas dengan azab yang pedih. Maka Baginda tidak perlu resah dan kecewa dan tidak ada jalan untuk Baginda kecewa dan berduka.
Maka kisah-kisah anbiya menjadi tauladan, pendustaan kaum menjadi manisan dan pertolongan Allah sebagai berita gembira. Setiap kali masuk kedukaan di hati nabi, berulang lagi dengan kisah-kisah yang menghiburkan. Oleh itu, menjadi tetaplah hati nabi dalam menjalankan usaha dakwah dan tenang dengan pertolongan Allah.
Muka Surat | 1 | ...... | 2 | ...... | 3 | ...... | 4 | ...... | 5 |